INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (IL ABDB) Jumaat, 26 Ogos 2022 – Majlis Penutupan Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 2/2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini dihadiri oleh 34 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang bermula pada 05 Ogos 2022 hingga 26 Ogos 2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLKwgn, SPT IL ABDB).

Majis ini telah disempurnakan oleh Mejar Mohamad Ubaidy bin Umbu @ Mohd Umbu. Pemangku Penolong Ketua Staf Kewangan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Pegawai Turus Kewangan (Pusat Latihan), Ketua-Ketua Cawangan SPT IL ABDB dan Pegawai-pegawai jemputan, Sekolah Sarjan Mejar dan Jurulatih-Jurulatih CLKwgn, SPT IL ABDB.

Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 2/2022 yang bertujuan untuk untuk melayakkan peserta kursus memegang Akaun Perkhidmatan dan Pemegang Tabung Amanah di Unit-Unit ABDB ini telah dikendalikan selama tiga (03) minggu bermula daripada 05 Ogos 2022 hingga 26 Ogos 2022. Seramai tiga Puluh empat (34) peserta kursus telahpun berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada dua belas (12) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), lima (05) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), lima (05) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), tiga (03) anggota daripada Markas Angkatan Bersama (MAB), lima (05) anggota dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), dua (02) Rejimen Pasukan Khas dan dua (02) anggota daripada Kementerian Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diikuti oleh bacaan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Maidah, Ayat 08 hingga 11 daripada wakil peserta kursus, 13884 PW2 Sulaiman bin Hj Yusof @ Suang TLDB daripada TLDB. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada Jurulatih Pengendali Kursus, 21324 SSjn Hjh Norafizah binti Haji Duraman. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil-Sijil dan Sijil Penuntut Terbaik Keseluruhan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat. Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 21303 PW2 Sukarni binti Haji Gimbol (KEMENTAH). Semasa majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta Menutup Rasmi Kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus untuk mengamalkan sikap tegas, jujur dan amanah semasa pengendalian tugas dan berharap dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari sebelum pengauditan dalaman dijalankan serta professionalisma dalam menjalankan tugas demi kebaikan organisasi ABDB.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh wakil peserta kursus, 15419 PW2 Jasni bin Anuar TLDB daripada TLDB.