Penanjong Garison, 10 Januari 2019 – Kursus Jurulatih Memandu Sesi 2018 ini dikendalikan oleh Cawangan Latihan Memandu (CLM), Sekolah Pertukangan Tentera (SPT), Institut Latihan ABDB setahun sekali. Kursus ini dijalankan selama 7 minggu bermula pada 23 November 2018 hingga 11 Januari 2019, seramai 13 orang anggota ABDB yang terdiri dari 07 orang PTB Kanan dan 09 orang PTB Rendah.

Majlis penutup Kursus pada petang Khamis tersebut ditutup resmi oleh Tetamu Kehormat, 706 Mejar Ruhaizmi bin Haji Rusli/Haji A. Matassan, Pegawai Memerintah Kompeni Pentadbir Institut Latihan ABDB dan Penuntut Terbaik Tatacara TP Memandu disandang oleh 17029 Kpl Ali Iskandar bin Ahmad dari CLM, SPT IL ABDB manakala Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 18718 LKpl Mohamad Pizzul Ridhwan bin Jefrey dari CLM, SPT IL ABDB. Majlis penutup kursus tersebut berakhir kira-kira pada jam 1530 petang dengan sesi bergambar ramai.
.

101

101 2

101 3