PENANJONG GARISON, JUMAAT, 6 APRIL 2017. Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan bacaan Surah Yassin sempena Hari Ulang Tahun penubuhannya yang ke 49 tahun yang diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Sehubungan dengan itu, Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib, diikuti dengan Solat Hajat, bacaan Surah Yassin, Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan Solat Fardhu Isyak. Bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran telah dikepalai oleh Yang Mulia Kpl Hj Md Yusri bin Hj Awg Yusof, Imam Rawatib Surau Al-Hikmah Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Hadir selaku tetamu kehormat Majlis, Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angakatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Yang Mulia Timbalan Komandan IL ABDB, Yang Mulia Ketua Jurulatih IL ABDB, Pegawai-Pegawai, RSM, GSM serta Warga IL ABDB. Majlis seperti ini julung kalinya dibuat pada setiap tahun, ianya adalah bagi memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala ditahun yang akan datang ini.



