
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Hj Rony Zai bin Hj Zaini, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei dan Pegawai-pegawai dan anggota di Penanjong Garison.
Acara tersebut diadakan bagi menandakan Nuzul Al-Quran yang merupakan peristiwa yang amat besar bagi umat Islam apabila ayat-ayat suci Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad (SAW). Ia juga merupakan usaha-usaha berterusan dalam meningkatkan lagi pembangunan kerohanian pegawai-pegawai dan anggota terutamanya dalam bulan Ramadhan yang berkat ini.

