NUZUL 2.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 24 Mei 2019 - Sempena sambutan Nuzul Al-Quran 1440H, Penanjong Garison pada hari ini telah mengadakan ceramah khas bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Acara dimulakan dengan bertadarus Surah Ali Imran ayat 30 hingga ayat 37, kemudian menunaikan Solat Sunat Dhuha dan diikuti dengan ceramah khas bersempena Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Pg Hj Reduan bin Pg Hj Badarudin, Penceramah jemputan dari Pusat Dakwah Islamiah.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Hj Rony Zai bin Hj Zaini, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei dan Pegawai-pegawai dan anggota di Penanjong Garison.
 
Acara tersebut diadakan bagi menandakan Nuzul Al-Quran yang merupakan peristiwa yang amat besar bagi umat Islam apabila ayat-ayat suci Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad (SAW). Ia juga merupakan usaha-usaha berterusan dalam meningkatkan lagi pembangunan kerohanian pegawai-pegawai dan anggota terutamanya dalam bulan Ramadhan yang berkat ini.
NUZUL 1.jpg

NUZUL 3.jpg