dermadarah1.jpgPENANJONG GARISON, KHAMIS, 23 APRIL 2020 – Unit Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Khidmat Bantuan Kombat TDDB telah mengadakan Kempen Menderma Darah bertempat di Dewan Nikmat Penanjong Garison bagi membantu Kementerian Kesihatan menambah stok darah yang berkurangan.

Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat yang memerlukan dan meningkatkan kesedaran tentang manfaat menderma darah terhadap tubuh badan dan kesihatan penderma. Langkah berjaga-jaga menurut garis panduan Covid-19 dari Kementerian Kesihatan telah dipraktikkan semasa acara berlangsung seperti penjarakkan fizikal dan menghadkan jumlah penderma mengikut masa yang ditetapkan.
Kempen tersebut juga disertai oleh anggota- anggota daripada unit di dalam Penanjong Garison seperti RPK dan Batalion Bantu. Turut menderma adalah anggota dari unit Batalion Kedua dan Batalion Ketiga TDDB.
 
 derma darah 2.jpg
derma darah 3.jpg