
Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat yang memerlukan dan meningkatkan kesedaran tentang manfaat menderma darah terhadap tubuh badan dan kesihatan penderma. Langkah berjaga-jaga menurut garis panduan Covid-19 dari Kementerian Kesihatan telah dipraktikkan semasa acara berlangsung seperti penjarakkan fizikal dan menghadkan jumlah penderma mengikut masa yang ditetapkan.
Kempen tersebut juga disertai oleh anggota- anggota daripada unit di dalam Penanjong Garison seperti RPK dan Batalion Bantu. Turut menderma adalah anggota dari unit Batalion Kedua dan Batalion Ketiga TDDB.

