Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SIRI 01/2023

kursus11.jpgPENANJONG GARISON, JUMAAT, 21 Julai 2023 – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 01/2023 telah berlangsung pada hari ini di Mes Pegawai Waran dan PTB Kanan Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Komandan IL ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai jemputan daripada pelbagai unit ABDB, Sarjan Mejar ABDB, Sarjan Mejar Rejimen, Guru-guru, PTB-PTB Kanan dan jurulatih-jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia 15419 PW2 Jasni bin Anuar, TLDB dan diteruskan dengan bacaan ayat al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 08 hingga 11.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada 16528 PW2 Haji Mismazeri bin Kamis, wakil peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 01/2023. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus dan sijil penghargaan kepada para jurulatih bantuan.

Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 13410 PW2 Mohamad Rizan bin Hj Awg Ramli. Manakala, Anugerah Penuntut Terbaik Pembentangan Individu disandang oleh 15610 PW2 Azmi Hasanal bin Awg Damit, TLDB dan Penuntut Terbaik Penerbitan Esei Individu disandang oleh 16362 PW2 Mahdini bin Hj Junaidi.

Selain itu, Anugerah Sindiket Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Sindiket Terbaik Penerbitan Kertas Kerja disandang oleh Sindiket 2 Alpha. Manakala, Anugerah Sindiket Terbaik Pembentangan Kertas Kerja disandang oleh Sindiket 1 Bravo. Seterusnya, Anugerah Sindiket Terbaik Teori disandang oleh Sindiket 1 dan Anugerah Sindiket Terbaik Praktikal disandang oleh Sindiket 3.

Majlis seterusnya diserikan dengan ucapan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat yang menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 01/2023 kerana telah berjaya menamatkan kursus. Yang Mulia Tetamu Kehormat turut menyatakan kepentingan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan dalam mengasah dan membangun nilai dan ciri-ciri kepimpinan serta keperibadian sebagai seorang pemimpin berteraskan nilai-nilai teras ABDB agar menjadi seorang PTB Kanan yang berkebolehan, berkeupayaan, efisien dan kompeten dalam mentadbir dan memimpin anggota bawahan di bawah pimpinan masing-masing selaku tulang belakang kepada pihak atasan.

Di samping itu, Yang Mulia Tetamu Kehormat turut menyeru untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh jujur, amanah, profesional dan berintegriti serta berketerampilan yang tinggi agar menjadi tauladan kepada anggota-anggota yang dipimpin. Justeru itu, Yang Mulia Tetamu Kehormat menyatakan hasrat beliau agar peserta-peserta kursus dapat memanfaatkan dan mengaplikasikan sepenuhnya ilmu yang telah diperoleh demi mencapai ke arah kecemerlangan.

Sebelum mengakhiri ucapan, Yang Mulia Tetamu Kehormat turut memberikan nasihat kepada peserta kursus untuk mengaplikasikan kepimpinan dengan berteraskan nilai-nilai murni Melayu Islam Beraja yang berbudi bahasa, hormat-menghormati, merendah diri, bertimbang rasa dan lain-lain.

Yang Mulia Tetamu Kehormat kemudian mengakhiri ucapannya dengan merasmikan penutupan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 01/2023. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup, sesi bergambar ramai dan menandatangani lembaran kenang-kenangan.

 

CLOSING CEREMONY FOR WARRANT OFFICE LEADERSHIP AND MANAGEMENT COURSE SERIAL 01/2023

PENANJONG GARISSON, Friday, 21 July 2023 – The Closing Ceremony for Warrant Officer Leadership and Management Course Serial 01/2023 was held this morning at Warrant Officer and Senior Rank Mess, Penanjong Garisson.

In attendance as the Guest of Honour was Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Also present were invited senior officers from various RBAF units, officers, teachers, Senior Non-Commissioned Officers and Leadership and Management Instructors.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah by Yang Mulia 15419 WO2 Jasni bin Anuar, RBN and was followed by the recitation of Quran, Surah Al-Maidah from verse 08 to 11.

The occasion continued with the delivery of speech from 16528 WO2 Haji Mismazeri bin Kamis, the representative of the course participants. The event then proceed with the presentation of certificates to the course participants as well as the presentation of the Best Award and certificate of appreciation to instructors.

Best Overall Student Award and Best Student in Theory goes to 13410 WO2 Mohamad Rizan bin Hj Awg Ramli. Whereas, Best Student in the Publication of Essay goes to 16362 WO2 Mahdini bin Hj Junaidi and Best Student in Presentation of Essay goes to 15610 WO2 Azmi Hasanal bin Awg Damit, RBN.

Whilst also, Best Overall Syndicate and Best Syndicate in the Publication of Working Papers goes to Syndicate 2 Alpha. Meanwhile, Best Syndicate in the Publication of Working Papers goes to Syndicate 1 Bravo. Whereas, Syndicate 1 received Best Syndicate Theory and Syndicate 3 received Best Syndicate Practical Award.

The Guest of Honour then congratulated the Warrant Officer Leadership and Management Course Participant Serial 01/20223 for successfully completing their course. In his speech, the Guest of Honour emphasize the important role of Leadership and Management course in enhancing and developing values, leadership character and personal traits based on RBAF Core Values and Leadership characteristics. This is essential for a non-commission officer (NCO), a significant asset to officers and organisation, to be more competent, capable, efficient in aiding matters pertaining administration and leading personnel in respective units.

The Guest of Honour also highlighted that leaders need to execute their duties and responsibilities with honesty, trustworthiness, professional and integrity as well as having the highest personal conduct as a role model to those we lead. In addition, the Guest of Honour also stated that the course participants are to able to utilize and apply the knowledge that has been acquired in order to achieve excellence.

Before concluding his speech, the Guest Honor also give advices to the course participants to apply leadership based on the pure values of Malay Islamic Monarch, among others, being courteous, respectful, humble and considerate.

The Guest of Honour then ended his speech by formally close the Warrant Officer Leadership and Management Course Serial 01/2023. The event ended with the recitation of Doa, group photo and the signing of parchment.


kursus1.jpg 


kursus2.jpg


kursus3.jpg


kursus4.jpg


kursus5.jpg


kursus6.jpg


kursus7.jpg


kursus8.jpg


kursus9.jpg


kursus10.jpg


kursus11.jpg