Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PEMBUKAAN DIKIR MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALAM TAHUN 1443H/2022M PERINGKAT PENANJONG GARISON

Penanjong Garison, Isnin, 26 September 2022 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Sambutan Pembukaan Maulidir Rasul di Surau Al-Hikmah. Majlis ini diadakan secara rentak di semua Surau-Surau Garison dan Perkhemahan dalam menzahirkan rasa syukur dan kasih terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wassalam.

Hadir selaku tetamu kehormat adalah Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis ini dimulakan sejurus selepas menunaikan Solat Fardhu Maghrib berjemaah yang dimulakan dengan bacaan dan laungan Sayyidul Istighfar dan diikuti dengan bacaan Sirah Nabawiyyah oleh Lans Koperal Muhammad Syafiq Naqiuddin bin Muhammad Zaidi.

Majlis seterusnya diteruskan dengan pembukaan Dikir As-Sallamualaika, Dikir Khairuman dan Dikir Bisyahrin. Majlis diteruskan dengan Solat Fardhu Isya' secara berjemaah dan disambung kepada laungan Dikir Marhaban. Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis Dikir Maulidir Rasul yang akan diadakan selama 12 malam ini merupakan salah satu kegiatan bagi sama-sama menyemarakkan dan membesarkan lagi hari-hari kebesaran Islam. Ianya juga adalah salah satu majlis keugamaan bagi meraih keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala.


THE OPENING OF DIKIR MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASSALAM 1443H/2022 HELD AT PENANJONG GARRISON

Penanjong Garisson, Monday, 26 September 2022 – Surau Al-Hikmah Penanjong Garison held the Opening of the Maulidir Rasul. This ceremony was held simultaneously in all Suraus of Mindef and RBAF Camps in expressing gratitude and love for our Prophet Muhammad Sallahu 'Alaihi Wassalam.

Present as the guest of honor was Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of the Training Institute, Royal Brunei Armed Forces. The ceremony began right after Fardhu Maghrib Prayer which began with Sayyidul Istighfar and followed by the reading of Sirah Nabawiyyah by Lance Coperal Muhammad Syafiq Naqiuddin bin Muhammad Zaidi.

The ceremony continued with Dikir As-Sallamualaika, Dikir Khairuman and Dikir Bisyahrin. The ceremony then proceeded with the Fardhu Isya' prayer, Dikir Marhaban and concluded with the Recitation of Prayers for the Protection of the Sultan and Brunei Darussalam.

The Dikir Maulidir Rasul which will continue for 12 conservative nights is one of the activities to enliven and magnify the significant days of Islam.