THE OPENING CEREMONY OF THE INTERMEDIATE AND ADVANCED DRIVER COURSE SESSION 2026
PENANJONG GARRISON, Friday, 16 October 2026 – The Opening Ceremony of the Intermediate and Advanced Driver Course Session 2026 was held at the Driving Training Wing, School of Military Trade, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).
The ceremony was officiated by Captain Halimatul Azimah binti Haji Azamain, Acting Head of the Driving Training Wing, School of Military Trade, TI RBAF. Also in attendance were senior instructors and instructors of the Driving Training Wing.
The course aims to enhance the knowledge, skills and competencies of Class 3 drivers, preparing them to attain the qualifications and proficiency required of advanced drivers.
Throughout the course, participants will undergo theoretical and practical training, focusing on vehicle administration, instructional techniques, and the proper management of vehicle documentation. The training also aims to equip participants with the knowledge and confidence to conduct classroom instruction on vehicle-related subjects.
Key subjects covered include Teaching Methods, Vehicle Office Documentation, and Procedures for Completing Vehicle Administration Forms.
The course is expected to further strengthen the participants’ professional competence and instructional capabilities, contributing to the development of skilled, knowledgeable, and proficient drivers within the RBAF.
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS PEMANDU PERTENGAHAN DAN LANJUTAN SESI 2026
PENANJONG GARISON, Jumaat, 16 Oktober 2026 – Majlis Pembukaan Kursus Pemandu Pertengahan dan Lanjutan Sesi 2026 telah diadakan di Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan majlis tersebut ialah Kapten Halimatul Azimah binti Haji Azamain, Pemangku Ketua Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera, IL ABDB. Turut hadir ialah Jurulatih Kanan serta Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Memandu.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pemandu Kelas 3 sebagai persediaan untuk mencapai tahap kelayakan dan kecekapan sebagai pemandu lanjutan.
Sepanjang kursus, para peserta akan mengikuti latihan secara teori dan praktikal yang memfokuskan hal ehwal pengurusan pentadbiran kenderaan, kaedah pengajaran serta pengendalian dokumen-dokumen berkaitan kenderaan. Latihan ini juga bertujuan untuk melengkapkan para peserta dengan pengetahuan dan keyakinan dalam mengendalikan sesi pengajaran berkaitan kenderaan.
Antara mata pelajaran yang akan dipelajari termasuklah Kaedah Mengajar, Dokumentasi Pejabat Kenderaan serta Tatacara Pengisian Borang-borang Pentadbiran Kenderaan.
Melalui kursus ini, para peserta diharap dapat memperkukuh kompetensi profesional dan keupayaan pengajaran, sekali gus menyumbang kepada pembangunan pemandu ABDB yang berkemahiran, berpengetahuan dan cekap dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.