Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksRSM

Regiment Sergeant Major
Training Institute Royal Brunei Armed Forces


Presentation1.jpg

Tarikh Lahir dan Perihal Keluarga
PW1 Norkamal bin Haji Mohd Salleh dilahirkan pada 16 September 1976. Anak ke 3 daripada 7 orang adik beradik. Tempat lahir di Kampong Ujung Kelinik, beralamat 67’B, Bandar Seri Bengawan. Memulakan Kerjaya Tentera dengan memasuki latihan asas Rekrut Pengambilan ke 95 bermula 16 Disember 1994. Telah berkahwin dengan Dyg Alijah binti Haji Mahali pada 17 Mac 1996 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada tahun 2002.

Bertugas di Bn Ketiga TDDB
Selasai menjalani latihan asas rekrut selama 6 bulan di Perkhemahan Penanjong Garison, ditukarkan ke Unit TDDB iaitu Batalion Ke-3 TDDB. Ditempatkan bertugas di Bravo Company, dengan memegang pelbagai jawatan bermula daripada HBAR, 1st Repal Men, M203, Penolong Ketua Seksyen, General Purpose Machine Gun (GPMG) Commander, Ketua Seksyen dan Platun Sarjan. Terlibat dalam persembahan Silent Precision Drills Squad (SPDS) Sea Game Brunei 1999.

Bertugas di Pusat Latihan
Lebih kurang 11 tahun bertugas sebagai ahli Tentera Darat, dengan kursus yang dihadiri dan pengalaman yang ada, ditukarkan ke Pusat Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Pada tahun 2006 ditempatkan di Unit Kompeni Kursus iaitu Cawangan Latihan Kawad sebagai Jurulatih Kawad. 2009 Kompeni Kursus ditukarkan kepada Sekolah Infantri.

Cawangan Latihan Kawad, Kompeni Kursus (Sekolah Infantri)
Diantara jawatan yang diberikan seperti Jurulatih Kawad, PW Tadbir, Penolong Ketua Cawangan dan Ketua Cawangan. Pengendali Kursus KSM dan SPDS pada tahun 2009. 

Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan
Pada tahun 2016 ditukarkan ke Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan, Pusat Evolusi (Sekola Pengajian) Selama 2 tahun lebih menjadi Jurulatih Kepimpinan pelbagai kursus dan latihan telah dijalani diantaranya Islamic Leadership (UNISA) dan Train the Trainer (Singapore) dalam bidang Leadership Programe 2016/2017. 

Jawatan Sarjan Mejar Garison
Pada tahun 2018 memegang jawatan khas iaitu Sarjan Mejar Garison (GSM) Penanjong Garison. Lebih kurang 5 tahun memegang jawatan GSM terlibat dalam bantuan tenaga pengajar bagi Kursus Kepimpinan Sjn, Kursus Kepimpinan & Pengurusan bagi PW. Pada tanggal 20 Jamadilakhir 1444H bersamaan dengan 13 Jan 2023 diberi peluang dan kepercayaan menjawat jawatan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) IL ABDB. 

Kursus yang dihadiri
Kursus PTB Rendah (Potencial Ncos), Asas B3 Semboyan, Asas Komputer, Jurulatih Kawad, Ketua Seksyen, Platun Sjn, Penyelia Padang Tembak (RMC), Method of Instruction (MOI), SPDS, GPMG Commander, Kepimpianan Islam, Kepimpinan dan Pengurusan PW dan Train the Trainer.

Penganugerahan Pingat
Sepanjang perkhidmatan telah menerima beberapa pingat negara dan pasukan diantaranya Pingat GSM (1997), Pingat Jubli Perak Sempena Hari Kebangsaan Negara Burnei Darussalam, Pingat Kerja Lama (PKL), Pingat PIKB, Pingat UNIFIL, Pingat Denmark (DANCON), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Pingat Jubli Emas ABDB.