DSC 0420Penanjong Garison, 03 Disember 2018, Isnin – Upacara Serah Terima Tugas dan Tanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dilangsungkan di Markas IL ABDB pada hari ini dan dihadiri oleh Pegawai-pegawai, kakitangan dan anggota Markas IL ABDB. Acara dimulakan dengan Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Ketua Jurulatih di antara Yang Mulia, Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman bersama Yang Mulia, Mejar Rudie Asmawi bin Haji Abidin bagi menandakan rasminya penyerahan tugas Ketua Jurulatih IL ABDB.
Segala tugas dan tanggungjawab yang berhubungkait dengan Bahagian Pentadbiran sebagai Ketua Jurulatih IL ABDB telah diterangkan secara terperinci termasuk perkara Kursus dan Latihan serta perancangan masa depan di IL ABDB.
DSC 0416
DSC 0420