PENANJONG GARISON, Jumaat, 12 Oktober 2018 – Seramai 158 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan ke-162 dan seramai 67 anggota Rekrut Wanita Pengambilan ke-54 telah menamatkan latihan asas ketenteraan dengan Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan hari ini di Padang Kawad Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Penanjong Garison. Rekrut lelaki telah menjalani latihan selama 31 minggu sementara bagi rekrut wanita selama 21 minggu.
PENANJONG GARISON, Jumaat, 12 Oktober 2018 – Seramai 158 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan ke-162 dan seramai 67 anggota Rekrut Wanita Pengambilan ke-54 telah menamatkan latihan asas ketenteraan dengan Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan hari ini di Padang Kawad Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Penanjong Garison. Rekrut lelaki telah menjalani latihan selama 31 minggu sementara bagi rekrut wanita selama 21 minggu.Tetamu Kehormat bagi Upacara Perbarisan Tamat Latihan itu ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.
Semasa upacara tersebut, Tetamu Kehormat telah berkesudian memeriksa perbarisan, dan menyampaikan anugerah-anugerah kepada jurulatih-jurulatih dan rekrut-rekrut yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang latihan rekrut dijalankan.
Penerima-penerima anugerah bagi Pengambilan Rekrut Lelaki ke-162 adalah
1) 16439 Bintara Himran bin Haji Awang Hassan bagi Platun Sarjan Lelaki Terbaik;
2) 17077 Koperal Mahdini bin Osli bagi Jurulatih Lelaki Terbaik;
3) 52551 Rekrut Mohd Ali bin Emran bagi Rekrut Lelaki Terbaik Keseluruhan;
4) 52624 Rekrut Muhammad Syazwan bin Mahni Azizan bagi Rekrut Terbaik Senjata Ringan;
5) 52578 Rekrut Muhammad Muiz bin Rafiudin bagi Latihan Jasmani Terbaik;
6) 52706 Rekrut (L) Khalid bin Haji Yussof bagi Kemahiran Tentera Terbaik;
7) 52673 Rekrut (U) Ak Mohd Hamizan bin Pg Hj Gazali bagi Penembak Terbaik
Manakala rekrut wanita juga diberikan anugerah dalam kategori yang sama iaitu:
1) 21216 Sarjan Norbaya binti Haji Abdul Hadi bagi Platun Sarjan Wanita Terbaik;
2) 21474 Koperal Nurul Suriyana binti Haji Serbini bagi Jurulatih Wanita Terbaik;
3) 21956 Rekrut Nurain binti Mohd Sallih bagi Rekrut Wanita Terbaik Keseluruhan;
4) 21995 Rekrut Nur Ezzah binti Mohammad Hirmy bagi Senjata Ringan Rekrut Terbaik;
5) 21941 Rekrut Nurul Asilah binti Zulkibli bagi Latihan Jasmani Terbaik; dan
6) 21948 Rekrut (L) Dk Ummi Ramizah binti Pg Haji Jeludin bagi Kemahiran Tentera Terbaik.
Turut hadir menyaksikan upacara tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-Komandan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota-anggota ABDB serta para keluarga dan sahabat rekrut- rekrut.