PENANJONG GARISON, Jumaat, 27 Julai 2018 – Seramai 171 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan ke 161 telah menamatkan latihan asas ketenteraan pada hari ini bertempat di Padang Kawad Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Penanjong Garison dan telah menjalani latihan selama 31 minggu.
PENANJONG GARISON, Jumaat, 27 Julai 2018 – Seramai 171 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan ke 161 telah menamatkan latihan asas ketenteraan pada hari ini bertempat di Padang Kawad Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Penanjong Garison dan telah menjalani latihan selama 31 minggu.Tetamu Kehormat yang juga selaku Pegawai Menerima Tabik Hormat pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan pada pagi itu ialah Yang Mulia Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan. Turut hadir menyaksikan Upacara tersebut ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota-anggota ABDB serta para ibu-bapa dan keluarga rekrut yang menamatkan latihan pada pagi itu.
Semasa upacara tersebut, Tetamu Kehormat telah berkesudian memeriksa perbarisan, memberi ucapan dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada Jurulatih-Jurulatih dan Rekrut-Rekrut yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang latihan rekrut dijalankan. Bagi Pengambilan Rekrut Lelaki ke 161, penerima-penerima hadiah bagi kategori Platun Sarjan Lelaki Terbaik ialah 17305 Sjn Noorsalehan bin Ali Safari, Jurulatih Lelaki Terbaik ialah 19097 Kpl Basyir bin Hj Bidin, Rek Lelaki Terbaik Keseluruhan 52500 Rek Md Nasiruddin bin Ali Hassan, Penembak Senjata Ringan Rek Terbaik 52493 Rek Zahi Zahidan bin Haji Sabli, Latihan Jasmani Terbaik 52344 Rek Abdul Hakim bin Karim dan Kemahiran Tentera Terbaik 52483 Rek Md Danial bin Abdullah Muhsin.


