PENANJONG GARISON, Jumaat, 06 September 2019 – Upacara Perbarisan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) diantara PW1 (SMR) Suhardi bin Asli dengan PW1 (SMR) Sahrol bin Haji Umar telah berlangsung dengan adat ketenteraan di Padang Kawad, IL ABDB.

Upacara dimulakan dengan SMR IL ABDB memeriksa perbarisan yang terdiri dari anggota-anggota IL ABDB yang diketuai oleh PW2 (SMK) Roslan bin Jaineh.
Acara kemuncak bagi upacara ini adalah penandatanganan Sijil Serah Terima tugas diantara SMR IL ABDB lama dengan SMR IL ABDB baru. Sejurus selepas itu, mantan SMR IL ABDB seterusnya menerima penghormatan yang terakhir dan beredar dari padang kawad. Upacara diteruskan dengan SMR IL ABDB yang baru memeriksa perbarisan.
Yang Mulia, PW1 Sahrol bin Hj Umar, SMR IL ABDB dalam ucapannya menyatakan bahawa IL ABDB merupakan tempat kelahiran anggota tentera yang menjalani proses transformasi daripada seorang awam kepada seorang anggota tentera yang berdisiplin, berintegriti sejajar dengan visi IL ABDB iaitu untuk melahirkan anggota tentera yang kompeten, cekap, responsif dan efisien dalam penggunaan sumber. Beliau juga menegaskan tentang isu-isu sekuriti dan keselamatan yang harus dipertingkatkan terutama sekali dalam penyebaran maklumat-maklumat sensitif dan berklasifikasi. Selain itu, beliau juga menekankan tentang aspek kerohanian, keikhlasan dan juga amanah yang perlu dititik beratkan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anggota tentera.
Upacara tersebut diakhiri dengan bacaan doa diikuti dengan sesi bergambar ramai. Hadir bagi menyaksikan dan memeriahkan upacara yang bersejarah tersebut ialah semua warga IL ABDB di peringkat PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah.

IMG-20190906-WA0031.jpg

IMG-20190906-WA0027.jpg

IMG-20190906-WA0044.jpg

IMG-20190906-WA0030.jpg

IMG-20190906-WA0041.jpg

IMG-20190906-WA0040.jpg