PENANJONG GARISON, Jumaat, 05 Mac 2021 – Upacara Perbarisan Serah Terima Tugas Ejutan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah pun berlangsung di Padang Kawad IL ABDB di antara Yang Mulia Kapten Mohammad Aji bin Haji Abdul Rahman dengan Yang Mulia Kapten Mohamad Ros Azmi bin Roslan.
Turut hadir di upacara tersebut ialah Pegawai-Pegawai Muda, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah. Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang 18179 Kpl Hj Khairul Ariffin bin Rosli. Yang Mulia Kapten Mohammad Aji bin Haji Abdul Rahman, Ejutan IL ABDB menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota IL ABDB di bawah kawalan Ketua Perbarisan, Yang Mulia Kapten (U) Muhammad Yusran bin Isak.
Upacara diteruskan lagi dengan menandatangani Sijil Rasmi Serah Terima Tugas Ejutan IL ABDB. Seterusnya, Ejutan IL ABDB yang baru, Yang Mulia Kapten Mohamad Ros Azmi bin Roslan menerima Tabik Hormat dan kemudian memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan. Upacara perbarisan diakhiri dengan ucapan daripada Ejutan IL ABDB yang baru dan diikuti dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.






