PENANJONG GARISON, Isnin, 08 April 2019 – Upacara Perbarisan Sempena Sambutan Jubli Emas Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah berlangsung di Padang Kawad IL ABDB, Penanjong Garison.
 
Upacara perbarisan tersebut diketuai oleh Mejar Hafidz Naquiyuddien bin Lamat dan disertai oleh Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah IL ABDB, Rekrut Lelaki dan Wanita serta anggota-anggota ABDB yang sedang menjalani kursus di IL ABDB.
 
Upcara Perbarisan tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah sejurus ketibaan Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB diikuti dengan penyampaian perutusan.
 
Yang Mulia Komandan IL ABDB dalam perutusan beliau telah menyentuh dan menekankan mengenai empat teras pembangunan dalam merealisasikan Visi dan Misi IL ABDB seperti berikut:
 
Pertama: Menentukan semua perkara-perkara asas betul dan diperkukuhkan. Asas kukuh Institut Latihan Cemerlang.
 
Kedua: Pengurusan Sumber Tenaga Manusia yang meliputi pemilihan tenaga pengajar yang kompeten seterusnya menaik taraf pertukangan dan pengisian jawatan-jawatan kosong yang difikirkan penting untuk diisikan bagi mengimbangi tanggungjawab yang diamanahkan.
 
Ketiga: Pengurusan yang efisien bagi prasarana, kewangan dan logistik.
 
Keempat: Pembentukan Model Insan melalui kerohanian dan konsep Melayu Islam Beraja.
 
Di samping itu, beliau juga menekankan kepada seluruh warga IL ABDB supaya akan dapat berganding bahu dalam membantu perlaksanaan dalam apa jua perancangan bagi mendokong hasrat ABDB dan Wawasan 2035.
 
Di dalam perutusan tersebut, Yang Mulia Komandan IL ABDB juga turut mengenang jasa baik dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh warga IL ABDB yang terdahulu, yang mana tanpanya, IL ABDB tidak akan dapat mencapai pembangunan dan perkembangan yang ada sekarang. Yang Mulia Komandan IL ABDB seterusnya mengetuai bacaan surah Al-Fatihah yang disedekahkan kepada warga IL ABDB yang telah pergi menghadap ilahi dan berdoa semoga mereka mendapat rahmat dan ditempatkan dikalangan para solehin.