
Upacara tersebut turut dihadiri oleh para ibu-bapa dan penjaga bakal-bakal rekrut dan telah dilaksanakan dengan mengikut garispandu dan prosedur keselamatan bagi Penularan Wabak COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan.
Upacara dimulakan dengan bacaan ikrar oleh bakal-bakal rekrut dan seterusnya menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122. Yang Mulia Tetamu Kehormat kemudian berkesempatan memberikan ucapan dan sesi soal-jawab bersama ibu bapa dan penjaga bakal-bakal rekrut. Dalam ucapan tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menekankan Polisi Rekrut Dalam Latihan yang telah dinilai semula dengan mengambil kira tahap kualiti pengetahuan, disiplin dan prestasi rekrut yang diukur melalui laporan prestasi yang akan dibuat oleh para jurulatih yang diamanahkan. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Imam Syakir Farhan bin Omar, Imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
Seramai 270 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan ke-167 telah berjaya mengikuti Latihan Asas Ketenteraan yang terdiri daripada 140 rekrut Tentera Darat Diraja Brunei, 65 rekrut Tentera Laut Diraja Brunei dan 65 rekrut Tentera Udara Diraja Brunei. Latihan Asas Ketenteraan akan dikendalikan selama enam bulan dan dijangka para rekrut akan menamatkan latihan pada bulan Julai 2021.


