INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU KE-34.png

PENANJONG GARRISON, Monday 30 September 2024 – The Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) hosted a meaningful celebration to commemorate the 34th Teachers’ Day, honouring the invaluable contributions of educators and instructors in shaping the nation’s future. The event was held at Dewan Nikmat, Training Institute Royal Brunei Armed Forces.

 

Attending as the Guest of Honour for the event was Yang Mulia Colonel Pg Noor Rumaizi bin Pg Othman, Commander of TI RBAF. Also present to enliven the occasion were the Deputy Commander of TI RBAF, Chief Instructor of TI RBAF, Head of the Inspectorate Cell, officers, senior personnel, instructors, and teachers.

 

The theme for this year’s Teachers’ Day in Brunei, “Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan”, was emphasised, recognising that quality educators are crucial in transforming education to remain relevant in modern times. The Commandant highlighted that the event was organised to celebrate and show appreciation for the dedication of educators and instructors who have taken on the responsibility of training and shaping course participants and trainees to become competent and ready personnel.

 

In the context of the Training Institute, he acknowledged that instructors and teachers serve as the backbone of the institution. To achieve the Institute’s vision of “Quality in Military Training”, he noted that the instructors must be highly trained, professional, and fully committed to their duties. He also addressed the importance of evolving alongside the rapidly changing global landscape and adapting to new technologies, security threats, and geopolitical shifts. He concluded by urging educators to maintain their dedication, uphold values and ethics, and set a positive example to produce highly skilled personnel for the Royal Brunei Armed Forces, capable of overcoming present and future challenges. He ended his remarks by expressing gratitude and offering prayers for strength, resilience, and wisdom for all educators in their ongoing efforts.

 

The event also featured a recitation of the Doa Selamat to seek blessings, followed by a special video presentation dedicated to Teachers’ Day. Attendees then enjoyed a delightful meal together, creating a warm and engaging atmosphere. The celebration concluded with a group photo session alongside the Guest of Honour, capturing the memorable occasion.

INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU KE-34

 

PENANJONG GARRISON, Isnin, 30 Sept 2024 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan majlis sambutan yang bermakna bagi memperingati Hari Guru ke-34, sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan besar para pendidik dan jurulatih dalam membentuk masa depan negara. Majlis tersebut diadakan di Dewan Nikmat, Institut Latihan ABDB.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Pg Noor Rumaizi bin Pg Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Timbalan Komandan IL ABDB, Ketua Jurulatih IL ABDB, Ketua Sel Inspektorat, pegawai-pegawai, PTB kanan, jurulatih-jurulatih, serta guru-guru awam.

 

Tema Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam pada tahun ini iaitu, “Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan” turut ditekankan, yang mana ianya mengiktiraf bahawa guru yang berkualiti adalah kunci utama dalam memacu transformasi pendidikan agar kekal relevan dengan peredaran zaman. Komandan menegaskan bahawa majlis ini diadakan khusus untuk meraikan dan meluahkan rasa penghargaan kepada para pendidik dan jurulatih yang telah memikul tanggungjawab besar dalam mendidik serta membentuk ahli kursus dan pelatih agar menjadi individu yang kompeten dan bersedia untuk melaksanakan amanah mereka.

 

Dalam konteks Institut Latihan, beliau menyatakan bahawa jurulatih dan guru adalah tulang belakang kepada institusi ini. Untuk mencapai visi Institut yang berbunyi “Latihan Ketenteraan yang Berkualiti,” beliau menekankan bahawa barisan jurulatih perlu terlatih, profesional, berdisiplin, serta mempunyai komitmen yang tinggi. Beliau turut menggariskan kepentingan bagi barisan pendidik untuk sentiasa mengikuti perkembangan arus global yang pantas berubah serta menyesuaikan diri dengan teknologi baharu, ancaman keselamatan, dan perubahan geopolitik.

 

Beliau mengakhiri ucapan dengan menyeru kepada para pendidik untuk mengekalkan dedikasi, memegang teguh nilai-nilai etika, dan menjadi contoh yang baik demi melahirkan individu yang berkemahiran tinggi untuk Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang mampu mengharungi sebarang cabaran di masa hadapan. Di samping itu, beliau turut merakamkan penghargaan yang tinggi dan mendoakan semoga para pendidik dikurniakan kekuatan, ketabahan, dan kebijaksanaan dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

 

Majlis juga diserikan dengan bacaan Doa Selamat untuk memohon keberkatan, diikuti dengan tayangan klip video khas sempena Hari Guru. Para tetamu kemudiannya menikmati jamuan bersama, yang mencipta suasana mesra dan harmoni. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat, sebagai tanda kenangan bagi majlis yang bermakna ini.

 INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU KE-34 2.png

 INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU KE-34 3.png

INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU KE-34 4.png

INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU KE-34 5.png

INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU KE-34 6.png

INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU KE-34 7.png

INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU KE-34 8.png