PENANJONG GARRISON, Monday, 15 September 2025 – The Opening Ceremony of the Map Reading and GPS Navigation Course Serial 2/2025 was held at the Map Reading Training Wing, School of Military Trade, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF).
The course was officiated by Captain Nurul Khartini binti Akui, Acting Head of Map Reading Training Wing. Also present at the ceremony were senior instructors and instructors of the Map Reading Training Wing.
The course is conducted over a duration of five weeks. The course brings together 14 participants, comprising nine (09) personnel from the Royal Brunei Land Forces, four (04) personnel from the Royal Brunei Navy, and one (01) personnel from the Training Institute Royal Brunei Armed Forces.
This program provides a foundational training in land navigation, equipping participants with essential skills such as topographic map analysis, compass navigation, and effective use of GPS devices. These competencies are crucial in enhancing operational readiness and supporting mission planning within the Royal Brunei Armed Forces.
It is hoped that the knowledge and skills acquired from this course will enable participants to perform their duties more effectively and contribute to the overall professionalism and operational capability of the Armed Forces.
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS MEMBACA PETA DAN PANDU ARAH GPS SIRI 2/2025
PENANJONG GARISON, Isnin, 15 September 2025 – Majlis Pembukaan Kursus Membaca Peta dan Pandu Arah GPS Siri 2/2025 telah berlangsung di Cawangan Latihan Membaca Peta, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
Pembukaan kursus ini telah disempurnakan oleh Kapten Nurul Khartini binti Akui, Pemangku Ketua Cawangan Latihan Membaca Peta. Turut hadir ialah Jurulatih Kanan dan para jurulatih yang terlibat dalam pelaksanaan kursus ini.
Kursus ini dijalankan selama lima (05) minggu, disertai oleh 14 orang peserta yang terdiri daripada sembilan (09) anggota Tentera Darat Diraja Brunei, empat (04) anggota Tentera Laut Diraja Brunei dan seorang (01) anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Kursus ini merupakan program asas dalam pandu arah darat yang bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran penting seperti analisis peta topografi, penggunaan kompas, serta pengendalian peralatan GPS dengan berkesan. Kemahiran ini amat penting bagi meningkatkan kesiapsiagaan operasi dan perancangan misi dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus ini diharapkan akan membolehkan para peserta melaksanakan tugas dengan lebih berkesan serta menyumbang kepada peningkatan profesionalisme dan keupayaan operasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei secara menyeluruh.


