Penanjong Garison, Selasa 13 Dis 2016 – Majlis Perasmian bagi Kursus Ketua Platun 2016 telah diadakan di Penanjong Garison. Majlis dipengerusikan oleh Yang Mulia Kapt Mohammad Asri Bin Haji Awang Ahmad, Ketua Cawang Latihan Taktik, Sekolah Infantri, IL ABDB. Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Mej Kamrin Bin Hj Damit, Pemangku Pegawai Memerintah, Sekolah Infantri, IL ABDB. Kursus ini telah disertai oleh 18 pegawai berpangkat Leftenan dari pelbagai unit dalam ABDB. 

Hadir selaku tetamu kehormat dalam ucapan pembukaan beliau menjelaskan bahawa tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melatih peserta Kursus Ketua Platun dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam masa aman dan pertempuran, memberi pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang perlu untuk Ketua Platun atau kedudukan yang serupa seperti pangkalan pertahanan bagi unit Tentera Udara dan juga Tentara Laut. Kemuncak majlis tersebut diikuti dengan perasmian Kursus Ketua Platun 2016. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai di Padang Kawad, Sekolah Infantri, IL ABDB.