BOLKIAH GARISON, RABU 03 OKTOBER 2018 - Pasukan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) muncul sebagai juara Liga Bolasepak Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2018 setelah menewaskan Pasukan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Mini Stadium, Bolkiah Garison.
Hadir bagi menyampaikan hadiah-hadiah ialah Yang Mulia Laksmana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemangku Pemerintah ABDB.
Pada kejohanan kali ini, Piala Juara-Juara telah dianugerahkan kepada Pasukan TLDB. Sementara itu, Penjaga Gawang Terbaik dianugerahkan kepada 10451 PW1 Alijanda bin Sitom dari Pasukan KEMENTAH. Penjaring Terbanyak Liga dianugerahkan kepada 52297 Ls Ak Mohd Junmatatul bin Pg Metali, TLDB dari Pasukan TLDB dan Pemain Terbaik Liga dianugerahkan kepada 15075 Bint Jumaidi bin Hj Jumat, TLDB dari Pasukan TLDB.
Kejohanan pada kali ini telah dikendalikan oleh Institut Latihan ABDB dan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan yang tinggi di kalangan anggota-anggota ABDB. Kejohanan Liga tersebut telah bermula pada 12 September yang lepas dan disertai oleh 5 pasukan iaitu; Pasukan Tentera Darat Diraja Brunei, Pasukan Tentera Laut Diraja Brunei, Pasukan Tentera Udara Diraja Brunei, Pasukan Institut Latihan ABDB dan Pasukan Kementerian Pertahanan.
bola1
bola2
bola3