PENGHUNI3.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 4 Disember 2020 – Pejabat Perumahan Penanjong Garison telah mengadakan Sesi Perjumpaan bersama dengan Ketua-Ketua Penghuni Rumah Kelamin ABDB Penanjong Garison pada hari Jumaat, 18 Rabiulakhir 1442 bersamaan dengan 04 Disember 2020 bertempat di Dewan Makan Transit Camp, Penanjong Garison. 

Turut hadir memberikan taklimat Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) adalah Yang Mulia Timbalan Ketua Inspektorat Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Mejar Shahrulamirul Iqbal bin Haji Sharbini, diikuti dengan penyampaian taklimat kesedaran Sekuriti yang disampaikan oleh Pegawai Sekuriti Unit Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan kemudian taklimat kebakaran dari pasukan Bomba dan Keselamatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison, seterusnya taklimat bagi kerosakkan bangunan dari Pegawai Pemeliharaan Bangunan Kementerian Pertahanan dan akhir sekali taklimat kesihatan alam sekitar dari Ketua Jabatan Alam sekitar Penanjong Garison.  Seramai 99 orang ketua-ketua penghuni hadir bagi mendengar taklimat-taklimat berkenaan.
Taklimat ini diadakan bagi memastikan semua penghuni mengetahui tatacara mengambil tindakan yang bersesuaian bagi mejaga kesihatan, keselamatan dan kebajikan  mereka sendiri dari segi Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK),  meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan dikalangan penghuni-penghuni mengenai hal-hal sekuriti didalam ABDB, tindakan yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran, tatacara melaporkan dan proses bagi pembaikan kerosakan rumah kelamin pada masa ini dan memberikan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan alam sekitar serta kebersihan dan kesihatan.
Taklimat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh 16949 SSjn Sumardy bin Sulaiman dari Markas Penanjong Garison dan diikuti dengan sesi penyampaian taklimat-taklimat dan diakhir taklimat ini diadakan sedikit sesi soal jawab.
PENGHUNI 1.jpg
PENGHUNI2.jpg