PENANJONG GARISON, Jumaat 14 Oktober 2016  - Taklimat Kebakaran bagi Cook, Pelayan dan Pekerja Awam yang bertugas di Rumah Masak, Mes Pegawai dan Mes PTB Kanan Penanjong Garison. Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Hikmah Institut Latihan. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh semua Pegawai Api dan juga Penolong Pegawai Api di dalam IL ABDB. Turut hadir mendengar taklimat tersebut adalah Pegawai Api daripada Pejabat Perkhidmatan Awam Penanjong Garison. Taklimat tersebut telah diketuai oleh Pegawai Api Institut Latihan ABDB, Mej Hj Muhd Nasrul Hadi bin Hj Othman bersama Ketua Balai Bomba Penanjong Garison, PW2 Bahrin bin Mohammad.
Adapun tujuan aktibiti tersebut dilaksanakan adalah bagi menyebarkan maklumat tentang kepentingan bagi semua peringkat sama ada mereka tentera ataupun awam untuk memahami prosedur-prosedur atau tindakan-tindakan yang perlu diambil apabila berlakunya kebakaran. Ianya juga bertujuan untuk semua Pegawai Api yang telah dilantik bagi setiap subunit di dalam IL ABDB, agar memahami apakah sebenarnya tugas mereka sebagai seorang Pegawai Api ataupun Penolong Pegawai Api dan bagaimanakah melaksanakan tugas-tugas mereka dalam memastikan Pengawalan Jangka Panjang dari Kebakaran serta tugas mereka apabila ada latihan kebakaran atau kebakaran sebenar.
Taklimat tersebut telah disampaikan bergilir-gilir oleh Mej Hj Muhd Nasrul Hadi bin Hj Othman daripada Pejabat Kenderaan IL ABDB, PW2 Makri bin Bilal daripada Pejabat Kuatermaster IL ABDB, PW2 Muhd Shahrul Nizam bin Abdullah daripada Pusat Evolusi IL ABDB dan SSjn Sambrin bin Asli daripada Pejabat Kenderaan IL ABDB. Taklimat tersebut telah ditutup dengan sesi soal dan perbincangan.