
Melalui sesi tersebut, Yang Mulia Komandan IL ABDB telah berkesempatan untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui pengajian beliau baru-baru ini dari Universiti Brunei Darussalam. Para peserta kursus telah mendapat manfaat melalui sesi tersebut terutama dalam memahami dan menghayati Maqasid Al-Syariah dalam konteks kepimpinan dalam ABDB. Yang Mulia Komandan IL ABDB juga turut mengkongsikan pandangan dan memberi nasihat kepada semua peserta kursus untuk terus mencari ilmu pengetahuan demi untuk mempertahankan ugama, bangsa dan negara yang tercinta.
Sesi tersebut berakhir dengan sesi bergambar ramai peserta kursus bersama Yang Mulia Komandan IL ABDB.

