PENANJONG GARISON, Jumaat, 19 April 2019
– Satu sesi taklimat kepada ibu-bapa dan penjaga Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-163 telah diadakan bertempat di Dewan Nikmat, Penanjong Garison pada petang ini. Taklimat tersebut telah diberikan oleh Mejar Shahrulamirul Iqbal bin Haji Sharbini, Pegawai Memerintah Kompeni Rekrut Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kepada hampir 700 ahli keluarga yang hadir.
Diantara tujuan sesi taklimat tersebut adalah untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada ibu-bapa dan penjaga rekrut diatas kejayaan Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-163 yang akan menamatkan latihan pada hari Jumaat, 26 April 2019 ini InsyaAllah. Disamping itu, sesi ini juga adalah untuk memaklumkan aturcara bagi upacara tersebut dan pada masa yang sama menyelaraskan serta mengkoordinasi urutan kejadian bagi kelancaran majlis.
Selain itu, ibu-bapa dan penjaga rekrut juga berpeluang untuk bermuzakarah secara langsung bersama Pegawai Pengambilan dan Jurulatih-Jurulatih Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-163 serta warga Kompeni Rekrut IL ABDB. 
DSC_0011.JPG
DSC_0005.JPG