PENANJONG GARISON, Khamis, 04 Mac 2021 – Sesi taklimat kepada ibu-bapa dan penjaga bakal Rekrut Wanita Pengambilan Ke-56 telah diadakan di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Taklimat telah disampaikan kepada para ibu-bapa dan penjaga Bakal Rekrut Wanita Pengambilan ke-56 oleh 966 Mej Pg Abdul Rahim bin Pg Hj Yakup, Pegawai Memerintah Kompeni Rekrut, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) dan 1244 Lt Dk Siti Nurhamizah Binti Pg Binting, Ketua Pengambilan, Rekrut Wanita Pengambilan ke-56.
Matlamat sesi taklimat tersebut diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang latihan-latihan intensif yang akan dijalani oleh bakal-bakal rekrut serta semua larangan atau tegahan semasa latihan berjalan. Disamping itu, sesi berkenaan juga bertujuan bagi memberikan garis panduan bagi persiapan yang perlu disediakan oleh bakal-bakal rekrut wanita. Pegawai Memerintah, Kompeni Rekrut IL ABDB selaku wakil Komandan IL ABDB juga telah berkesempatan memberikan ucapan syabas dan tahniah kepada para ibu-bapa dan penjaga bakal Rekrut Wanita Pengambilan ke-56 yang terpilih menjalani latihan rekrut. 
BOI_0103.png
BOI_0105.JPG