a1.jpegPENANJONG GARISON, Selasa, 25 Februari 2020 – Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Penerima-Penerima Hadiah Terbaik Jurulatih dan Rekrut-rekrut Lelaki Pengambilan Ke–165 bertempat di Markas Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison.

Sesi perjumpaan tersebut bertujuan untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada penerima hadiah jurulatih terbaik diatas usaha yang penuh iltizam didalam melaksanakan tugas untuk melahirkan anggota-anggota tentera yang cemerlang. Yang Mulia Komandan Institut Latihan ABDB juga turut memberikan kata-kata semangat serta ucapan tahniah kepada penerima-penerima hadiah bagi Rekrut Lelaki pengambilan ke-165 mengikut bidang masing-masing.
 
Yang Mulia Komandan Insitut Latihan ABDB juga menasihatkan mereka agar mempraktikkan segala ilmu ketenteraan dengan sebaiknya serta menjaga imej dan penampilan sebagai seorang anggota tentera yang berdisiplin bagi mengukuhkan kepercayaan masyarakat kepada ABDB. Yang Mulia Komandan Insitut Latihan ABDB juga menekankan untuk mengekalkan tahap disiplin yang tinggi serta mengambil iktibar daripada kes-kes kesalahan disiplin termasuk kes-kes yang melibatkan anggota tentera didalam penyalahan gunaan dadah, meminum minuman keras ataupun kesalahan-kesalahan sivil dan juga syariah kerana kesalahan tersebut hanya akan memudaratkan diri sendiri sekaligus mencemarkan imej organisasi dan kepercayaan masyarakat.
 
Disamping itu juga, para penerima-penerima hadiah terbaik rekrut lelaki Pengambilan ke-165 telah diberikan kesempatan untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada Yang Mulia Komandan Institut Latihan ABDB, Pegawai-pegawai Kompeni Rekrut serta Jurulatih-jurulatih diatas peluang, tunjuk ajar dan komitmen yang sangat tinggi didalam usaha mereka menjadikan mereka sebagai seorang anggota tentera yang terlatih yang kompeten dan berdisiplin.
 
Sesi Perjumpaan tersebut telah diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama dengan Yang Mulia Komandan Institut Latihan ABDB.
a1.jpeg