PENANJONG GARISON, Isnin, 22 April 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), satu sesi perjumpaan telah berlangsung bertempat di Dewan Nikmat Penanjong Garison bersama Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

Sesi perjumpaan tersebut bertujuan untuk membuat perjumpaan dan bermuzakarah secara langsung dengan Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-163 yang akan menamatkan Latihan pada hari Jumaat, 26hb April 2019 ini InsyaAllah.

Sesi tersebut dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh 18032 Kpl Nazirul bin Hj Asmat. Semasa sesi perjumpaan tersebut, Yang Mulia Pemerintah ABDB telah menekankan empat aspek utama iaitu Profesionalisma, Disiplin, Kebajikan dan Sekuriti yang mana empat perkara ini adalah mustahak untuk diamati oleh para rekrut khususnya apabila mereka sudah menamatkan latihan ataupun ditempatkan keunit masing-masing didalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Yang Mulia Pemerintah ABDB juga menitik-beratkan perlaksanaan segala ilmu asas yang telah dipelajari semasa latihan agar dipraktikkan di dalam perkhidmatan sebagai seorang anggota tentera, terutama sekali yang bersangkut-paut dengan aspek sekuriti ketenteraan.
Semasa sesi tersebut Yang Mulia Pemerintah ABDB juga membukakan peluang sesi soal jawab bersama para rekrut bagi mengemukakan apa juga pandangan serta permasalahan yang dihadapi semasa mahupun selepas latihan. Sesi perjumpaan tersebut disudahi dengan bacaan doa selamat.
DSC_0230.JPG

DSC_0245.JPG

DSC_0231.JPG