Sesi perjumpaan YM Komandan IL ABDB bersama Rekrut Lelaki - 171.jpg

PENANJONG GARISON, Isnin, 07 Ogos 2023 – Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Rekrut Lelaki Pengambilan ke-171 yang dijadualkan akan menamatkan latihan pada 18 Ogos 2023. Sesi perjumpaan tersebut telah berlangsung di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Turut hadir di sesi perjumpaan tersebut adalah Pegawai-Pegawai, Pegawai Tidak Bertauliah Kanan serta jurulatih Kompeni Rekrut IL ABDB. Sesi perjumpaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Semasa sesi perjumpaan tersebut, Yang Mulia Komandan IL ABDB antaralain menyatakan bahawa Latihan Asas Rekrut adalah merupakan satu anak tangga permulaan para rekrut menyelusuri perjalanan sebagai seorang tentera. Para rekrut perlu menamkan semangat jitu, sifat kerjasama, setiakawan dan komitmen disamping mengekalkan disiplin dan etika ketenteraan yang tinggi agar dapat menjaga nama baik institusi dan melangkah lebih jauh di dalam kerjaya sebagai seorang anggota tentera.

Yang Mulia Mulia Komandan IL ABDB turut mengucapkan saybas dan tahniah kepada Rekrut terbaik dalam kategori masing-masing dan juga kepada Platun Sarjan dan Ketua Seksyen terbaik bagi Pengambilan Rekrut kali ini. Sesi perjumpaan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Rekrut Pengambilan ke 171.jpg
Sesi perjumpaan YM Komandan IL bersama Rekrut Lelaki - 171.jpg
Sesi perjumpaan YM Komandan IL bersama Rekrut Lelaki 171.jpg