perjumpaan rekrut 2023 3.jpg

PENANJONG GARISON, Khamis, 27 April 2023 – Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Rekrut Lelaki Pengambilan ke-170 yang dijadualkan akan menamatkan latihan pada 05 Mei 2023. Sesi perjumpaan tersebut telah berlangsung di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Turut hadir di sesi perjumpaan tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan IL ABDB, Pegawai-Pegawai, Pegawai Tidak Bertauliah Kanan serta jurulatih Kompeni Rekrut IL ABDB.
Sesi perjumpaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
Semasa sesi perjumpaan tersebut, Yang Mulia Komandan IL ABDB antaralain menyatakan bahawa Latihan Asas Rekrut adalah merupakan satu anak tangga permulaan para rekrut menyelusuri perjalanan sebagai seorang tentera. Para rekrut perlu menamkan semangat jitu, sifat kerjasama, setiakawan dan komitmen disamping mengekalkan disiplin dan etika ketenteraan yang tinggi agar dapat menjaga nama baik institusi dan melangkah lebih jauh di dalam kerjaya sebagai seorang anggota tentera.
Akhir sekali Yang Mulia Mulia Komandan IL ABDB mengucapkan saybas dan tahniah kepada Rekrut terbaik dalam kategori masing-masing dan juga kepada Platun Sarjan dan Ketua Seksyen terbaik bagi Pengambilan Rekrut kali ini. Sesi perjumpaan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
perjumpaan rekrut 2023.jpgperjumpaan rekrut 2023 1.jpgperjumpaan rekrut 2023 4.jpg