PENANJONG GARISON, KHAMIS, 06 FEBRUARI 2020 – Sesi muzakarah YM Komandan IL ABDB bersama Pegawai Waran-Pegawai Waran I (PWI) telah berlangsung di Mes PW/SSjn/Sjn. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Sarjan Mejar Regimen (SMR) IL ABDB dan Sarjan Mejar Garison (SMG).

Dalam sesi tersebut YM Komandan IL ABDB telah membincangkan tentang beberapa perkara seperti, kualiti dan pencapaian PTB-PTB Kanan, sumbangan-sumbangan PTB Kanan kepada unit. Beliau juga menekankan agar anggota-anggota PTB Kanan supaya akan sentiasa muhasabah diri dalam menjalankan tugas dan peranan bagi mendukung visi dan misi IL ABDB.
Selain itu, beliau juga menasihati agar semua anggota PTB Kanan sentiasa menjaga imej individu dan pasukan, menjaga kebajikan anggota bawahan serta menjaga kebersihan nurani, rohani dan jasmani, meningkatkan kepimpinan diri, berkebolehan dan berkemampuan untuk mengawal dan memerintah anggota bawahan dan peka untuk menghindari perkara-perkara yang tidak diingini.
DSC_0024.JPG