PENANJONG GARISON, Rabu 30 Oktober 2019 – Sesi permuzakarah bersama Yang Mulia Komandan IL ABDB bagi Sekolah Pertukangan Tentera telah dilaksanakan di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.
Majlis diteruskan dengan mukadimah daripada Yang Mulia Komandan IL ABDB dengan peserta kursus. Seramai 154 anggota terdiri daripada Pegawai-pegawai, Jurulatih-jurulatih dan peserta kursus telah hadir bagi sesi taklimat bersama Yang Mulia Komandan IL ABDB. Antara Perkara-perkara yang disampaikan adalah Muhasabah Diri, Asas Ketenteraan, Ilmu, Kebajikan Anggota dan Imej ABDB.
Setelah itu, Yang Mulia Komandan IL ABDB telah membukakan sesi soal jawab kepada peserta kursus.