
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan IL ABDB. Turut hadir adalah Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri IL ABDB, 640 Mejar Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi. Pemangku Sekolah Sarjan Mejar, 14264 SSjn Norasizam bin Jahari telah melaporkan keramaian perserta kursus yang hadir kepada YM Komandan pada petang itu.
Majlis diteruskan dengan sesi muzakarah YM Komandan IL ABDB dengan perserta kursus. Sesi ini hanya mengambil masa selama 45 minit sahaja. Setelah itu, YM Komandan telah membukakan sesi soal jawab bagi sesiapa yang tidak memahami dan juga berkeinginan untuk bertanya akan sesuatu perkara mengenai kursus yang mereka hadiri. Setelah selesai, Pemangku Sekolah Sarjan Mejar, 14264 SSjn Norasizam bin Jahari telah melaporkan bagi meminta kebenaran daripada YM Komandan untuk meneruskan tugas yang seterusnya.
