PENANJONG GARISON, Isnin, 11 April 2022 – Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 02/2021 telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi Bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Sesi tersebut berlangsung di Bilik Halbi, Pusat Evolusi IL ABDB. Turut hadir ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Pemangku Timbalan Komandan dan Ketua Jurulatih IL ABDB.
Seramai 52 anggota tentera berpangkat Pegawai Waran telah menghadiri sesi ini yang terdiri dari 46 anggota lelaki dan 06 askar wanita. Sesi ini dijalankan bertujuan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan falsafah kepimpinan sebagai seorang pemimpin atasan. Manakala objektif sesi tersebut adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pegawai dan ahli kursus, menaikkan semangat, motivasi dan juga keyakinan ahli kursus.
Sesi tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh 1442 PW2 (U) Haji Umardani bin Haji Jaludin @ Haji Ering dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada 1328 Leftenan Nur Hazirah binti Harun, Ketua Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan, PE IL ABDB.
Yang Mulia Komandan IL ABDB dalam sesi tersebut menekankan akan kepentingan Leadership Competency dan Nilai-Nilai Teras ABDB yang perlu diamalkan oleh setiap anggota ABDB. Yang Mulia Komandan IL ABDB turut menekankan kepentingan sikap Jujur dan Amanah yang perlu ada di dalam jati diri setiap pemimpin.
Sesi tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat dan diikuti dengan sesi bergambar ramai.
SHARING SESSION COMMANDANT OF TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES WITH LEADERSHIP AND MANAGEMENT FOR WARRANT OFFICER SERIAL 02/2021 COURSE PARTICIPANTS
PENANJONG GARRISON, Monday 11 April 2022 – Leadership and Management Course for Warrant Officer Serial 02/2021 has held a sharing session with Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi Bin Pengiran Othman, Commandant of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). The session was held at Bilik Halbi, Evolution Center TI RBAF. Also present in attendance was Yang Mulia Lieutenant Colonel Amirul Adly Bin Haji Ali, Acting Deputy Commandant and Chief Instructor TI RBAF.
A total of 52 participant of Warrant Officers attended this session consisting of 46 male and 06 female personnel. This session is aimed at sharing leadership experience, knowledge and philosophy as a top leader. While the purpose of the session is to strengthen the relationship between officers and participants of the course, boost up their morale, motivation and confidence of the participants.
The session began with the recitation of Surah al-Fatihah lead by 1442 WO2 (U) Haji Umardani bin Haji Jaludin @ Haji Ering and followed welcoming remark delivered 1328 Lieutenant Nur Hazirah binti Harun, Head of Department of Leadership and Management Wing, Evolution Center TI RBAF.
During the session, Commandant TI RBAF had emphasised the importance of Leadership Competency and RBAF Core Values that should be upholded by every RBAF personnel. In addition, Commandant TI RBAF also highlighted the significance of honesty and trustworthiness that must be nstilled in every leader.
The session ended with the recitation of closing Doa by dan group photo.
