PENANJONG GARISON, SELASA 12 JUN 2018. Penanjong Garison telah menyambut majlis Nuzul Al-Quran dengan mengadakan ceramah khas di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison. Hadir sebagai Tetamu Kehormat majlis adalah Komandan Institut Latihan ABDB Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. Turut hadir, Pemangku Timbalan Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei, Pegawai-pegawai Kanan IL ABDB, Pegawai-pegawai dan Warga Penanjong Garison.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Rekrut Hadi Syazwan bin Sukardi dari Kompeni Rekrut IL ABDB. Majlis diteruskan dengan solat Zuhor berjemaah. Ceramah khas disampaikan oleh penceramah undangan Ustaz Muhd Syafiq Al-Lutfy bin Ahmad, Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan tajuk ceramah “Al-Quran Sumber Kepimpinan Adil”. Majlis diakhiri dengan penyampaian Cenderahati kepada penceramah undangan.