
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Rekrut Hadi Syazwan bin Sukardi dari Kompeni Rekrut IL ABDB. Majlis diteruskan dengan solat Zuhor berjemaah. Ceramah khas disampaikan oleh penceramah undangan Ustaz Muhd Syafiq Al-Lutfy bin Ahmad, Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan tajuk ceramah “Al-Quran Sumber Kepimpinan Adil”. Majlis diakhiri dengan penyampaian Cenderahati kepada penceramah undangan.


