PENANJONG GARISON, Isnin, 12 November 2018 – Institut Latihan ABDB hari ini menyemarakkan lagi majlis sambutan Dikir Maulud sempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan kehadiran Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yusof, Menteri Pertahanan Kedua bersama Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan berserta kedua Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Haji Amiruddin bin Haji Mohd Hassan dan Haji Mohd Zakaria bin Haji Sarudin.
Hadir bersama dimajlis ini ialah Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan ABDB berserta Pegawai- Pegawai dan anggota Institut Latihan ABDB.
Acara dimulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan Dikir Marhaban dan sembahyang fardhu Isyak berjemaah di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.


