15.jpgPENANJONG GARISON, JUMAAT 04 Ogos 2023 – Peserta Kursus Peningkatan Sajian Makanan & Katerer Sesi 2023 daripada Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Cwgn Lthn Log, SPT IL ABDB) telah mengendalikan Sajian Medan sebagai salah satu modul pembelajaran dalam kursus tersebut.

Objektif aktiviti berikut adalah untuk memberi gambaran kepada peserta kursus dan pendedahan awal tentang tatacara pentadbiran dan pengurusan perlaksanaan sajian medan dalam situasi gerakan mahupun latihan.  Peserta kursus mengaplikasikan cara menyajikan makanan yang bermutu bagi meningkatkan moral anggota-anggota terutama sekali yang ditempatkan di kawasan operasi (Areas of Operation) serta untuk bersiap sedia bagi memberikan penyediaan sajian kepada masyarakat semasa misi bantuan kemanusiaan (Humanitarian Assistance Disaster Relief) di bawah unit masing-masing.  Kepakaran dan pengalaman dalam pengurusan permakanan juga diserapkan kepada peserta kursus ini.

Tetamu Kehormat bagi acara tesebut adalah Yang Mulia Kol Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir adalah Pegawai-pegawai dan Sarjan Mejar-Sarjan Mejar IL ABDB.  Aktiviti ini di akhiri dengan sesi bergambar ramai yang terdiri daripada para jemputan, jurulatih-jurulatih dan peserta kursus.

16.jpg17.jpg18.jpg19.jpg20.jpg

21.jpg