71.jpgTutong,
Khamis, 23 Jun 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini mengadakan satu lagi Aktiviti Amal Membersihkan Masjid iaitu bertermpat di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong sebagai salah satu aktiviti jangkauan masyarakat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun IL ABDB yang ke-53. Turut serta dalam Aktiviti Amal tersebut ialah gabungan daripada warga IL ABDB dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

Kempen membersihkan masjid ini dilaksanakan secara bergotong royong dan dalam suasana perpaduan yang merangkumi sekitar kawasan luar dan dalam masjid, diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB dan Yang Mulia Mohammad Waiz bin Tajuddin, Imam Masjid. Projek Amal seumpama ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan IL ABDB.

Sebelum mengakhiri, Komandan IL ABDB telah menyampaikan derma dan sumbangan bagi pihak warga IL ABDB bagi keperluan masjid kepada Imam Masjid.

COMMUNITY PROJECT, CLEANING CAMPAIGN AT HASSANAL BOLKIAH’S MOSQUE, PEKAN TUTONG

TUTONG, Thursday, 23 June 2022 – Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) conducted a cleaning campaign at Hassanal Bolkiah’s Mosque, Pekan Tutong, as part of TI RBAF’s initiatives for community outreach projects, in conjunction with its 53rd Anniversary Celebration. Present at the event were TI RBAF’s personnel as well as committee members of Hassanal Bolkiah Mosque, Pekan Tutong.

The cleaning campaign was conducted with teamwork and unity, led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of TI RBAF and Yang Mulia Imam Mohammad Waiz bin Tajuddin, covering the outer and inner perimeters of the mosque. Such community outreach program is one of the annual activities conducted by TI RBAF.

Before concluding, Commandant of TI RBAF, handed over donations and contributions to the mosque, which was represented by the Imam.

71.jpg

72.jpg

73.jpg

75.jpg