
Taklimat dan penerangan tentang peranan dan tanggungjawab RBC telah disampaikan oleh Hajah Amal Aqilah binti Haji Ariffin, Acting Assistant Manager, Business Development Unit, Royal Brunei Culinary seperti perniagaan runcit, produk yang dihasilkan dan menyediakan permintaan pihak berkepentingan seperti menyediakan makanan di hospital-hospital seluruh Negara Brunei Darussalam dan juga di penerbangan Royal Brunei Airlines.
Objektif lawatan sambil belajar ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta kursus berkenaan penyediaan makanan, pengurusan katerer, pentadbiran semasa operasi serta kepentingan menjaga kebersihan sebelum, semasa dan selepas pengendalian makanan yang boleh dimanfaatkan di unit masing-masing.






