80.jpgPENANJONG GARISON, Khamis 07 September 2023 – Program lawatan sambil belajar ke Royal Brunei Culinary (RBC) dibuat sebagai usaha pihak Cawangan Latihan Logistik untuk memberikan pendedahan serta peluang kepada peserta kursus melihat secara dekat mengenai tatacara pengendalian dan proses permakanan yang dikendalikan oleh pihak RBC.

Taklimat dan penerangan tentang peranan dan tanggungjawab RBC telah disampaikan oleh Hajah Amal Aqilah binti Haji Ariffin, Acting Assistant Manager, Business Development Unit, Royal Brunei Culinary seperti perniagaan runcit, produk yang dihasilkan dan menyediakan permintaan pihak berkepentingan seperti menyediakan makanan di hospital-hospital seluruh Negara Brunei Darussalam dan juga di penerbangan Royal Brunei Airlines.

Objektif lawatan sambil belajar ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta kursus berkenaan penyediaan makanan, pengurusan katerer, pentadbiran semasa operasi serta kepentingan menjaga kebersihan sebelum, semasa dan selepas pengendalian makanan yang boleh dimanfaatkan di unit masing-masing.

81.jpg82.jpg83.jpg84.jpg85.jpg87.jpg88.jpg