PENANJONG GARISON, Isnin, 11 Mac 2019 – Seramai 60 bakal Rekrut Wanita Pengambilan ke-55 telah melapor untuk menjalani fasa
Holding bermula pada Hari Isnin, 11 Mac 2019 sehingga Hari Jumaat, 22 Mac 2019 bertempat di Kompeni Rekrut, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Fasa
Holding merupakan fasa pengenalan yang mana Bakal Rekrut diberikan pendedahan awal dalam perlaksanaan latihan asas ketenteraan dalam tempoh dua minggu.
Pada sesi petang, Pegawai Memerintah Kompeni Rekrut, Mejar Shahrul Amirul Iqbal bin Haji Sharbini telah membuat perjumpaan secara langsung dengan Bakal Rekrut Wanita Pengambilan ke-55 bertempat di Bilik Taklimat, Rekrut Kompeni. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk memberikan taklimat pengenalan bagi perjalanan latihan asas ketenteraan serta peraturan-peraturan semasa menjalani latihan di Kompeni Rekrut.
Latihan asas ketenteraan bagi Rekrut Wanita Pengambilan ke-55 akan dirasmikan pada penghujung fasa
Holding semasa Majlis Menandatangani BAF 122 pada Hari Jumaat, 22 Mac 2019 dan dijangka akan menamatkan latihan tersebut pada hari Jumaat, 16 Ogos 2019.