PR REK 4.jpgPENANJONG GARISON, Isnin, 06 Januari 2020
– Seramai 210 bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-166 telah melapor di Padang Kawad Institut Latihan ABDB untuk menjalani Fasa Holding selama 02  minggu bermula pada 06 hingga 16 Januari 2020. 

Serah Terima bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-166 seramai 210 anggota telah pun  dilaksanakan oleh 13746 PW2 Nazri Bin Kamis, wakil daripada Pejabat Pengambilan ABDB kepada 1225 Lt Muhd Zulfadli Hayat Bin Shamsul Hayat, Ketua Platun Pengambilan Rekrut Lelaki ke-166. Fasa Holding 02 minggu ini adalah merupakan fasa pengenalan yang mana bakal Rekrut akan diberikan pendedahan awal latihan asas ketenteraan serta tatacara dan peraturan-peraturan semasa menjalani latihan sebelum mengikuti fasa latihan penuh sebagai anggota rekrut.
Bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-166 dijangka akan menandatangani BAF 122 di penghujung Fasa Holding yang akan diadakan pada Hari Khamis, 16 Januari 2020.
PR REK 1.jpg
PR REK 2.jpg
PR REK 3.jpg
PR REK 4.jpg