​PENANJONG GARISON, Isnin, 07 Januari 2019 – Seramai 230 bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-164 telah melapor untuk menjalani fasa Holding bermula pada hari Isnin, 7 Januari 2019 sehingga hari Jumaat, 18 Januari 2019 bertempat di Kompeni Rekrut, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Fasa Holding merupakan fasa pengenalan yang mana Bakal Rekrut diberikan pendedahan awal dalam perlaksanaan latihan asas ketenteraan dalam tempoh dua minggu.

Pada sesi petang, Pegawai Memerintah Kompeni Rekrut, Mejar Shahrul Amirul Iqbal Bin Hj Sharbini telah membuat perjumpaan secara langsung dengan Bakal Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-164 bertempat di Dewan Hikmah. Tujuan perjumpaan tersebut adalah memberikan taklimat pengenalan bagi perjalanan latihan asas ketenteraan serta peraturan-peraturan semasa menjalani latihan di Kompeni Rekrut. Latihan asas ketenteraan bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke 164 akan dirasmikan pada penghujung fasa Holding semasa Majlis Menandatangani BAF 122 pada hari Jumaat, 18 Januari 2019 dan dijangka akan menamatkan latihan tersebut pada hari Jumaat, 16 Ogos 2019.

164 2