03.jfif

PENANJONG GARISON, hari Juma’at, 24 Zulkaedah 1443H bersamaan dengan 24 Jun 2022 – Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB telah mengadakan perlawanan Sukan Bola Tampar diantara cawangan-cawangan dibawah unit ini yang mana perlawanan ini diadakan di Dewan Gerak Badan, Penanjong Garison.
 
Hadir selaku Tetamu Kehormat dalam acara perlawanan ini ialah 657 Lt Kol (U) Pengiran Muhammad Farisan Bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB.
 
Perlawanan tersebut disertai oleh ahli-ahli Markas Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB serta cawangan-cawangan dibawah unit ini yang terdiri daripada Cawangan Latihan Kewangan, Cawangan Latihan Logistik, Cawangan Latihan Memandu dan Cawangan Latihan Teknikal Darat beserta peserta-peserta kursus.
 
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh 50310 LKpl Muhaimin bin Rosmalee.   Acara diteruskan dengan sesi suai kenal Tetamu Kehormat bersama dengan pemain-pemain yang akan mengikut acara perlawanan sukan Bola Tampar ini dan diselajurkan dengan bergambar ramai.
 
Pasukan Kuih Cacah yang terdiri daripada gabungan Markas Sekolah Pertukangan Tentera, Cawangan Latihan Kerani dan Cawangan Membaca Peta telah menjuarai acara sukan perlawanan Bola Tampar ini setelah menewakan pasukan Kusoi yang terdiri daripada Cawangan Latihan Kewangan serta peserta kursus cawangan ini.
 

Adapun tujuan perlawanan ini dibuat adalah untuk membentuk pasukan yang berjaya, disamping itu juga adalah untuk mencari pemain-pemain yang berbakat serta untuk memantapkan lagi pasukan dari segi ketahanan mental serta fizikal para pemain dan akan memberikan saingan kepada pasukan lain yang akan bertanding pada sukan akan ​datang.

01.jfif

05.jfif02.jfif06.jfif07.jfif 

04.jfif08.jfif