Penanjong Garison, Rabu, 19 Oktober 2022 – Perjumpaan Sarjan Mejar ABDB Bersama Jurulatih-Jurulatih Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi, IL ABDB, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Pegawai Waran 1 Rosleen bin Hj Tujoh, Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah menyampaikan ucapan atas tujuan untuk memberi pengalaman sebagai seorang Jurulatih yang lebih berpotensi.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Sarjan-Sarjan Mejar Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) , KSM ,SSM, Jurulatih Pegawai Waran, Jurulatih PTB-PTB Kanan dan Jurulatih PTB-PTB Rendah Intstitut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).