
Perbarisan kali ini dipimpin oleh Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Timbalan Pegawai Turus Kewangan, (Bahagian Latihan), Sekolah Pertukangan Tentera, IL ABDB.
Sepertimana lazimnya, Perbarisan di dahului dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Laungan “Ikrar Kami” (Ikrar IL ABDB) dengan dikuti oleh ucapan Kamandan IL ABDB dan seterusnya bacaan doa yang dibacakan oleh Lt Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad, Pegawai Ugama, JAMAAT ABDB.
Antara lain tujuan Perbarisan Bulanan IL ABDB ini diungkayahkan adalah untuk memupuk semangat berpasukan dan perpaduan di kalangan anggota-anggota IL ABDB, di samping memperkukuhkan semangat kenegaraan yang tinggi serta menanamkan etika dan disiplin untuk terus berkhidmat dengan telus dan komited pada menyumbang ke arah keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.





