PENANJONG GARISON, RABU, 14 FEBRUARI 2018. Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah berjaya mengungkayahkan Projek Pondok Mini Refleksologi. Majlis perasmian projek tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof, selaku Pemangku Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.Penyelaras projek, 17555 Sarjan Md Amirullah bin Mansor, yang juga sebagai wakil daripada pengerusi majlis. 13369 Sarjan (U) Haji Mohammad Asmawadi bin Md Sahli antara lain menjelaskan, projek ini adalah salah satu program tambahan yang dikendalikan oleh peserta Kursus PTB Kanan Kerani Sesi 2017, dalam taklimat ringkas beliau menyatakan, walaupun projek ini merupakan sesuatu perkara yang baru bagi Cawangan Latihan Kerani, namun ianya masih mengekalkan mata pelajaran perkeranian di dalamnya, antaranya ialah mata pelajaran pengendalian mesyuarat, menghasilkan minit mesyuarat, arahan, penghasilan kertas cadangan dan sebagainya.
Projek ini juga memberikan pendedahan baru kepada peserta kursus mengenai dengan pembelajaran pertukangan tangan dan menurut beliau dengan terhasilnya pondok mini tersebut ianya telah membuktikan, perkerjaan kerani tidak tertumpu di dalam pejabat sahaja malahan kerani juga mampu membuat perkerjaan di luar pejabat.
Pada majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat mengambil kesempatan memberi sedikit ucapan selepas merasmikan pondok mini tersebut, antara lain ucapannya dengan perlaksanaan projek ini ianya dapat memberikan kemanfaatan terhadap kesihatan kepada penggunannya dan secara tidak langsung ianya merupakan amalan bagi anggota yang menghasilkannya.
Yang Mulia Tetamu Kehormat juga menekankan akan kepentingan tahap kepimpinan dan kerjasama di semua peringkat walaupun berlainan unit, sifat tersebut perlu ditanamkan di dalam diri anggota masing-masing, agar apa juga yang dirancangkan akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan, beliau juga menekankan akan pentingnya misi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam sumber pengeluaran anggota-anggota yang mempunyai potensi yang dapat diguna pakai apabila balik ke unit masing-masing.
Turut hadir ialah Ketua-ketua Cawangan Sekolah Pertukangan Tentera, Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Kerani dan peserta kursus PTB Kanan Kerani sesi 2017.
