
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Komandan, Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman dan Yang Mulia Timbalan Komandan, Leftenan Kolonel Aldi bin Hj Hassan secara berasingan di rumah para penerima. Sebagai langkah berjaga-jaga, penyampaian sumbangan pada tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana mengambil kira situasi jangkitan Covid-19 yang melanda negara pada masa ini. Sumbangan yang disampaikan merupakan hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB, anggota-anggota IL ABDB, Tabung Surau ABDB, Koperasi ABDB (KOWIRA) dan Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI).
Bagi menambah amal jariah di bulan yang mulia ini, Pihak IL ABDB juga tidak lupa menyumbangkan dan menyerahkan sumbangan berupa hamper kepada keluarga anggota IL ABDB yang terlibat dengan misi pengaman UNIFIL di Lubnan pada masa ini sebagai tanda terima kasih di atas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang bertugas. Sumbangan disempurnakan oleh Pegawai Kanan dan Pegawai Memerintah IL ABDB.

